- Minum air semasa sauna untuk mengelakkan tubuh badan kehilangan air yang banyak. Kehilangan air per sessi sauna boleh mencapai paras seliter untuk tempoh 30 minit
- Untuk pemggunaan pertama kali ( first timer ) gunakanlah suhu maxima yang ditetapkan lebih kurang 60C untuk wanita dan 55C untuk lelaki bagi tempoh 30 minit. Sekiranya anda merasa selesa proses ini boleh diulang-ulang. Sekiranya anda sudah biasa anda boleh memanjangkan masa setiap sessi hingga 40 minit.
- Gunakanlah tuala yang ada untuk mengesat peluh yang berlebihan kerana peluh yang terlalu banyak akan menimbulkan rasa kurang selesa.
- Anda mempunyai pilihan untuk mandi ( shower dahulu ) sebelum SAUNA kerana ada kajian yang mengatakan pengeluaran peluh = toksin adalah lebih banyak.
- Dekatkanlah bahagian tubuh anda sedekat yang boleh kepada sumber FIR untuk mendapat kesan yang lebih. Contohnya untuk belakang sandarkan badan anda dinding dan untuk kaki , angkatlah kaki anda ke atas pangkin SAUNA.
- Berhenti sekiranya anda merasa pening atau rasa sangat tidak selesa.
- Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit seperti lemah jantung mintalah nasihat dari doktor anda dahulu.
- Kanak-kanak secara umumnya tidak digalakkan untuk menerima terapi FIR SAUNA.
Tuesday, April 28, 2009
TIPS sebelum masuk SAUNA
Posted by zulsa at 1:43 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment